Tuesday 13 August 2019

Palapes Darat.Sedia Berkorban !!



Ini Buddies aku.. Kenal dari zaman matrik sampai la msuk universiti yang sama.
All about them ada dalam poket aku.hahaha
Seorang introvert dua lagi extrovert. takde inro,extro-extro ni tak boleh nak berkawan rapat.ada je nk gaduh dalam selimut..
Persahabatan ada je suka duka pahit kelam masam manis.
Tapi kitorang sentiasa akan berbaik.. Tapi jarang la lawan mulut. paling tak pun diam seribu bahasa. Merajuk la konon..piiirahh

Tak sangka akan masuk PALAPES (pasukan latihan pegawai simpanan) sama2..
masa temuduga,ujian kecergasan fizikal tak jumpa diorang pun.. Tup Tup masa hari angkat sumpah boleh terjumpa..hahaha mmg havoc la. Ada geng.. siapa je x seronok..

Sekarang ada berbaki setahun lagi for us to spend our times together..
next blog aku cerita lagi kisah kawan2 aku dalam pasukan ni.. too many memories .. tak dapat nk recall. Hahaha.


Monday 12 August 2019

Kurap Durjana.. BAbai !!!

Hai. Assalamualaikum. This is my first Blog. Dah lama nk ada blog sendiri.harini tercapai juga nk
buat..Walhal acc blog ni dah berzaman aku buat.. La ni baru terdetik hati nk cerita sikit.

Okay, tujuan aku menulis di blog ini adalah aku ingin ceritakan sedikit sebanyak apa yang jadi dekat aku  sepanjang cuti semester baru2 ni.

Aku masih lagi belajar,undergraduate kt mana tu takyah la cerita kot. So sekarang musim cuti semester. Masing2 duduk rumah, ada yang bekerja sambilan aje, ada buat hal macam2 lah.. Haha

Baru-baru ni ada tournament bola jaring so pergi training,balik training makan mandi tidur..Almost 3 weeks juga lah kt tempat org.. Masa dekat sana aku rasa gatal2 kat punggung.. takpe lah ingat gatal biasa je sbb tak teruk sgt.  Aku ada rasa bntuk dia bulat2 je. Takde letak ubat gatal pun tak sempat nk beli. Just letak bedak yang baby pakai tu (tak tahu nk describe apa nama bedak tu).

Masa balik rumah tempat gatal2 tu tnggl bekas la ..tapi gatal tu dh hilang completely. balik rumah baru aku nk beli ubat sapu nk hilangkan parut,. Then aku sapu la ubat tu kt tempat yang kena.

Lama2 makin menjadi pulak merebak gatal2 tu. Bukan sebab ubat sapu yang aku guna tu..Rupa-rupanya aku makan tak pantang.. mana tak nye balik dari training duk rumah seminggu makan udang,ayam,telur,daging memang aku cari penyakit betul lahh.

So masa raya korban balik kg, Mak su aku tgok la tmpat yg kena tu..dia kata gatal2 nk jadi kayap. sebab dah merebak byk sikit.. Dia ada tanam ubi bemban.Jadi dia blender utk aku sapu ubi tu dgn bedak sejuk.. Dua hari aku guna tapi sama je.. Dalam masa yg sama aku makan ubat tahan gatal.,Jenis piriton,ubat warna kuning. aku baru makan sekali,Alhamdulillah rasa elok. Kali kedua aku makan pagi sebelum balik rumah,

Esok pagi,keluar g klinik sbb adik nk cabut gigi,masa nk pakai kasut nmpk naik ruam kt kaki kanan.Ha sudah allergi pulak..Dah la kita gatal kt punggung lagi allergi kt kaki pulak..
Rupanya aku tak serasi ngn ubat tu kot. Aku stop la makan.

Aku search kt internet ciri ciri atau bentuk2 yang gatal,aku terkena ringworm, atau kurap.
Mungkin masa training dulu aku selalu berpeluh,seluar dalam x serap peluh boleh jadi jugak.. Basuh pakaian x bersih pun ada kemungkinan.Itu yang jadi kurap.Sekarang aku dalam proses penyembuhan dari penyakit kurap ni.. Yang allergi tu aku sapu ubat gatal je..dia x gata just naik ruam2.

Cuma kena jaga pemakanan. Jangan makan seafood dan seumpamanya..aku pun kena tahan nafsu tak leh makan buat masa sekarang.. Dan kurap yang kena kt punggung tu dah surut rasa gatal sbb aku sapu dengan serbuk rumbia campur air sikit.. sesetengah org campur dengan bedak sejuk,
So Alhamdulillah makin mengecut..

Go I want to kill that fungi.haha hopefully lepas ni x kena mcm ni dah.. memang aku ada berhati2 la bila aktiviti luar mcm ni serik dah kalau kena lagi..azab..HAHAHA

okay thank you yang membaca..best of luck for u. Wish me cepat sembuh Aminn.
Ikhlas dari Si Comot Fatty.. <3